Wednesday 23 November 2011

Malam Penghayatan Puisi

Semalam...hehehe..Semalam telah berlangsungnya Malam Penghayatan Puisi yang diadakan di Experimental Hall, UIAM. Majlis tersebut dianjurkan oleh IIUM Poetry Club dengan kerjasama Mahallah Safiyyah.Walaupun kehadiran penonton tidak begitu menggalakkan ( mungkin sebab semalam final Malaysia vs Indonesia) akan tetapi majlis tetap meriah dengan persembahan2 bertenaga terdiri dari kalangan pemuisi2 (betol ke?) yang hebat2..tak rugi aku pegi semalam berteman kan sahabatku Wahida (ikut aku sebab kelas Arab dia batal..heheeh). Nasib baik sensei batalkan kelas aku semalam..hehehe. Sumimasen sensei.

Roslan Madun
Apakah yang telah berlaku malam semalam?.. Persembahan dimulakan oleh Kelab angklung UIAM + percusion, diorang memainkan beberapa buah lagu rakyat tapi ada gak lagu ala2 jiwang, komen amazing, aku tak tau macam mana diorang leh kawal anklung tersebut berserta lirik dan giliran diorang. Pernah try main angklung dalam satu karnival baru2 ni, hmm best la jugak dan agak susah. Persembahan seterusnya  Roslan Madun berduet dengan saudara Amran menyampaikan puisi yang bertajuk Ka'ab bin Malik, kemudian beliau menyampaikan lagu puisi yang bertajuk Menjejak Bahaman, sedap seh suara die, berjaya menyentuh hatiku dengan bait2 puisinya yang indah dan boleh dikatakan agak historic. Walaupun sebelum tu ada sedikit masalah teknikal tapi semua tu dapat ditutup dengan persembahan mantap beliau.

Yang bestnya semalam penyampaian puisi bukan sahaja disampaikan dalam bahasa Melayu dan Inggeris tapi ada jugak penyertaan dari peserta yang menyampaikan puisi dalam bahasa Tamil, Bangladesh (of course diorang baca terjemahan dalam bahasa Inggeris). Walaupun aku tak berapa faham ataupun memang aku tak faham langsung apa yang diorang nak sampaikan tapi sekurang-kurangnya cara penyampaian tu agak memberi kesan kat jiwa ni. Lepas tu ada sorang brother ni dari Palestin penyampaikan puisi dia dalam bahasa Arab ( tanpa terjemahan) sangat la bersemangat sampai aku rasa nak nangis walaupun tak faham sangat apa yang dia perkatakan.huhuhu. Puisi beliau bertajuk Get Angry..

Penyampaian paling bersemangat bagi aku adalah dari Kelab Deklamator Kebangsaan..Puisi pertama yang diorang sampaikan bertajuk Tunas Budaya diiringi alunan seruling oleh Pendekar Bambu. Persembahan kedua diorang disampaikan oleh dua orang pendeklamasi sajak bertajuk Manuskrip Luka Bangsa. Terkejut aku bila dengar suara akak tu, tak padan dengan dengan badan, tapi serius power suara dia. Bergegar dewan dibuatnye..Kebanyakan puisi yang diorang sampaikan bertemakan nilai kebudayaan dan bangsa Melayu.

Antara persembahan lain ialah dari Pendekar Bambu and the geng..Pendekar Bambu ni peniup seruling, diorang mainkan lagu2  rakyat secara instrument dan satu lagu ciptaan sendiri bertajuk Mutiara Dari Sang Kepah. Sangat harmoni bunyi seruling yang beliau mainkan, first time ni dengar orang main seruling secara live. Kemudiannya ada persembahan dari kumpulan Duo, UIA punya student punye kumpulan. Ada seorang pemuisi ni nama dia Jayzuan, aku suka cara die macam sempoi dan gila2 sikit sampai tergelak-gelak aku dibuatnya tapi tetap enjoy, antara puisi yang dia bawa bertajuk 9A..hahaha..first impression aku ingat kan dia nk cerita kisah dia masa amek SPM atau PMR tapi 9A tu merupakan tempat duduk dia dalam sebuah penerbangan, puisi putus cinta pulak..
Pendekar Bambu dan rakan2

Dan yang paling aku tunggu persembahan dari Fedtri Yahya, pengacara TV3. Dia menyampaikan puisi bertajuk Tangan bersama seorang pemantun UIAM. Apa yang aku faham dari puisi tersebut ialah ia berbentuk sinis dengan mengetengahkan isu2 hangat tapi disampaikan dalam bentuk yang sangat santai. Satu baris yang aku ingat ialah " barangkali tangan itu yang membakar bendera hanya kerana sebiji bola"( memandangkan semalam final bolasepak sukan SEA).hehehehe...persembahan terakhir semalam ialah dari Wani Ardy (dia mengajar kat UiTM). Dia sampaikan puisi dalam bentuk lagu siap dengan gitar sekali ala-ala Ana Rafali gitu, tapi suara Cik Wani lagi sedap..lagu puisi yang dia bawa bertajuk Belajar dan Lampu Jalan..

Haaa...begitulah sedikit sebanyak ringkasan tentang MPP..bagi aku puisi merupakan satu seni penulisa yang halus dan penulisnya merupakan seorang yang mempunyai tahap imaginasi yang tinggi. Menulis puisi merupakan medium terbaik untuk aku meluahkan perasaan dan pendapat..begitulah c.e.r.i.t.a.n.y.a....:)





Tuesday 22 November 2011

Aku Dalam Perhatian Mu

Aku tahu ada mata-mata yang selalu mengekoriku
Aku tahu ada insan teristimewa merindui ku
Aku tahu ada yang sedang memerhatikan tingkah laku ku
Aku tahu dia sedang menghitung detik waktu ku
Aku sedar mereka sedang menantiku
Aku sedar mereka bersedia menyambutku

Aku tahu ada mata-mata yang selalu mengekoriku
Setiap sesuatu tentang diriku dalam pengetahuannya
Dari sekecil-kecil perkara yang tumbuh dalam hatiku
Hingga sebesar-besar perkara yang satu dunia tahu
Dia Allah yang satu
Yang menentukan hidup dan matiku.

Aku tahu ada insan teristimewa merinduiku
Sekalipun dia belum pernah melihatku
Bahkan aku tak pernah menemuinya
Sedangkan dia sudah menyatakan kerinduannya
Dia Muhammad kekasih Allah
Pembawa rahmat seluruh alam

Aku tahu ada yang sedang memerhatikan tingkah laku ku
Setiap detik di kiri dan kanan ku
Mencatat amal baikku
Menulis amal buruk ku di dalam buku
Sebagai bukti di hari perhitungan nanti
Mereka itu Raqib dan 'Atid yang setia
Mengikuti gerak perbuatanku

Aku tahu dia sedang menghitung detik waktu ku
Detik waktu yang akan memisahkan roh dan jasad ku
Dia menunggu namaku gugur dari pohon
Lantas bersedia dengan tugas di amanahkan keatasnya
Dia itu 'Izrail namanya
Mencabut nyawa ku bila saatnya tiba

Aku sedar mereka sedang menantiku
Hanya bersabar menunggu tiga tapak berlalu
Maka aku akan disoal bertalu-talu
Siapa Tuhanmu?
Siapa Rasulmu?
Apa agamamu?
Mereka itu Munkar dan Nakir
Bertugas di liang kuburku
Tempat yang manusia tak tahu apa yang berlaku

Aku sedar mereka bersedia menyambutku
Seusai amalku berada di timbangan
Maka salah satu akan mengalu-alu kedatanganku
Mengikut apa yang telah aku perbuat di dunia
Mereka itu syurga dan neraka
Tempat yang akan aku tuju
Salah satu dari mereka...

Wallahualam....






Friday 18 November 2011

Kanser Servik!!

Pada pagi Jumaat yang indah tadi dan saat2 diri terasa sibuk berkejar ke perpustakaan dan perbincangan kumpulan aku terserempak dengan satu talk yang di anjurkan oleh pihak klinik universiti pasal kanser servik..tak sempat nak dengar talk sampai habis tapi sempat sambar risalah yang disediakan oleh pihak klinik..antara isi kandungan yang terdapat dalam risalah tersebut adalah seperti berikut:

1) Apa itu kanser servik? Kanser servik merupakan kanser pada bahagian pangkal rahim, ia tidak bergantung pada sejarah keluarga tapi disebabkan oleh jangkitan virus. Virus tersebut dinamakan sebagai Human Papillomavirus (HPV) yang disebarkan menerusi sentuhan kulit kemaluan. Virus ni boleh menjangkiti semua wanita tanpa mengira usia dan gaya hidup dan jangkitan boleh berlaku walaupun tanpa berlakunya persetubuhan. akan tetapi tak semua jangkitan HPV menyebabkan kanser, kebanyakan reda dengan semulajadi tapi ada juga yang berakhir dengan kanser kalau tidak melakukan pemeriksan awal.

2) Boleh dikatakan tiada sebarang tanda kanser pada peringkat awal kerana jangkitan yang menular menjadi kanser mengambil masa labih kurang 10-15 tahun. Risiko mendapat kanser boleh dikurangkan melalui vaksinasi dan pemeriksaan Pap smear..

Hahahaha....itulah sedikit sebanyak maklumat yang dapat dicerna..sekarang ni HPV vaksin boleh didapati di klinik2 kerajaan. prosedur dia yang sebenar kena ambik 3 suntikan, satu suntikan RM150 ( kat klinik UIAM) kalau kat luar tak tau lah pulak dengar cite mahal sikit. Bagi aku vaksin HPV ni penting sebagai langkah pencegahan sebab kita tak boleh nk teka apa yang akan berlaku pada masa akan datang, bak kata pepatah mencegah lebih baik dari mengubati atau dalam bahasa Inggerisnya prevent is better than cure.. So kalau anda rasa kanser servik tak akan menimpa anda, fikir semula ( copy paste ayat risalah). Untuk maklumat selanjutnya boleh la ke klinik yang berdekatan..



Hati Yang Demam

Sekarang ni boleh dikatakan saat2 genting bagi sem 1, bagi aku la.. macam telur di hujung tanduk pun ada rasanya.. ini lah padahnya bila buat kerja dekat2 last minute. Walaupun dah banyak kali bertaubat tapi tetap buat jugak, ini lah perangai manusia amnya dan khususnya aku yang tak reti nak bersyukur dengan nikmat masa yang Allah berikan. Lepas tu menyesal pun dah takde guna..

Pengajaran..pengajaran..pengajaran..
Selalu pujuk hati dan paksa diri serta motivate jiwa. Yang tu lah yang aku selalu cuba buat tapi kalau buat sorang2 memang tak best, kawan2 rapat pun perlu diheret bersama supaya proses mencerna ilmu tu jadi lebih manis dan indah. Kalau waktu mula sem dulu hati dan otak rasa beku tapi sekarang dah agak cair, terima kasih buat akak2 dalam halaqah yang buat talk pasal time management. Lepas pergi talk tu rasa macam baru terkejut dari tidur pun ada, betapa selama ni aku tersesat dalam terang, seakan-akan lupa dengan matlamat aku  yang sebenar, kenapa aku berada di sini.

Something yang aku dapat detect dalan diri sekarang ni apsal la susah sangat nak mencerna ilmu2 yang aku pelajari. Tak tau la mane silapnye, dah puas menangis sorang2, ntah sape2 la yang tak redha dengan aku sekarang ni..rasanya sudah ku mohon maaf..duhai insan ikhlaskanlah hatimu memaafkan aku..mungkin hubungan dengan Allah yang longgar buat aku jadi macam ni. Hati kuat lah dalam menangani bisikan2 yang boleh merugikanmu. Amiin.

اللهم إن أعوذ بك من الهم والحزن وأعوذ بك من العجز والكسل وأعوذ بك من الجبن والبخل وأعوذ بك من غلبة الدين وقهرالرجال

Thursday 17 November 2011

Jangan Berharap...

Wahai hati jangan kau berharap
Kerana kelak kau akan disakiti
Nanti kau menangis lagi
Kenapa kau tak mengerti
padahal sudah berulang kali aku memperingati

Duhai hati jangan berharap
Belum tentu apa yang kau mahu
Akan kau dapat
Belum tentu apa yang kau impi
Datang mengadap

Jangan berharap wahai hati
Jangan berharap pada janji
Janji itu belum tentu ditepati
Janji itu bisa dimungkiri
Kerana janji
Hanya untuk menyedapkan hati

Apalagi yang kau harapkan
duhai hati
Wajarnya kau mensyukuri
Dengan apa yang kau dapati
Dengan apa yang sedang kau nikmati
Walaupun kau resah menanti

Berhenti lah berharap
Wahai hati
Jalani hidupmu bersama seri
Ikhlaskan waktu memberi
Gembira untuk teman di kanan kiri
Menangis andai mereka besedih hati

Cuma satu yang aku pinta
Duhai hati
Usah berharap pada yang tak pasti
Sekalipun terungkap janji
Ada perkara yang tak engkau ketahui
Maka redha sang hati
Moga nanti kau tak terkaget
Andai apa yang kau harapkan
Tidak terjadi...