Sunday 1 January 2012

Falsafah Cintaku

C . I . N . T . A

~ Cinta itu subjektif ~

Ia merupakan satu perasaan yang tumbuh jauh di dasar hati seorang manusia yang mana akan menuntun seseorang itu untuk melakukan pengorbanan dengan seikhlas hati. Cinta itu terbahagi kepada tiga..1) Cinta pada Allah..2) Cinta sesama manusia..3) Cinta pada alam

1) CINTA PADA ALLAH

~ Cinta agung yang tiada berbelah bagi dan tiada tandingan. Melakukan suruhannya dan meninggalkan larangannya hanya semata-mata kerana cinta padanya..seikhlas hati <3

2) CINTA SESAMA MANUSIA

~ CINTA  PADA RASULULLAH: Cinta yang berkedudukan paling tinggi di kalangan manusia yang wujud disekelilingku. Cinta yang wujud walau tanpa pernah bertemu. Kisah kasihnya meruntun hati untuk jatuh cinta dan merindui. Bukan cinta buta...

~ CINTA PADA MAK DAN ABOH: Aku mencintai mereka kerana pengorbanan. Pengorbanan yang telah membawa aku  untuk menjenguk alam dunia yang indah ini. Menjadi perantara kasih sayang Allah padaku. Menyayangiku.

~CINTA PADA AKI DAN MEK: Cinta aku buat mereka kerana menyayangiku. Berkorban untuk kesejahteraanku. Bersusah payah mendidik dan mentarbiyahku. Yang sentiasa teguh berdiri dibelakangku. Yang menyokong aku saat kesedihan. Yang gembira untuk detik kejayaanku. Yang sentiasa mengharap aku pulang di waktu senggangku. Menjadi pendorong untuk aku lebih maju.

~CINTA BUAT KAUM KELUARGA: Aku menyintai mereka kerana sentiasa membuat aku gembira. Menjadi tempat aku berkongsi kasih. Memberi peluang padaku untuk merasai hidup berkeluarga. Yang menjadi tulang belakangku. Yang sentiasa menerima aku walau siapapun aku waktu itu.

~ CINTA BUAT SAHABAT: Cintaku pada mereka tak pernah pudar. Walau terpisah dikejauhan masa kerana mereka yang mewarnai dan menconteng kenangan terindah pada dinding memoriku, ketika usia remajaku. Kerana mereka seringkali memberi peringatan dan mendengar luahanku. Yang sentiasa bersedia untuk aku. Sentiasa bersama ketika susah dan berkongsi gembira denganku.

~ CINTA PADA SEORANG LELAKI: Sudah ku tetapkan dalam hati cinta buat seorang lelaki hanya akan ku beri bila waktu sah akad nikah kami. Cinta sebelum akad bagiku satu perkara yang sangat merugikan, merupakan satu pembaziran.

~ CINTA PADA SAUDARA SEAGAMA: Aku cintai mereka atas dasar kita mempunyai kepercayaan yang sama. Andai kau rasa terancam dan marah pada musuh kita..aku juga sama. Andai kau hanyut dan leka dalam mengejar arus dunia aku bertanggungjawab membantu.

3) CINTA PADA ALAM: 
~Cintaku pada alam membantu aku menjaganya. Memastikan ia bersih. Agar ia juga dapat membantu aku. Memberi aku oksigen terbaik. Memberi aku pemandangan yang indah yang menenangkan jiwa. Menghuraikan kekusutan fikiran.

Kemanisan cinta itu bagi ku bila berlakunya konsep memberi dan menerima. Kedua pihak sudi dan rela. Dan kerukunan hidup tidak akan tercela bila kita saling menjaga, saling memahami dan saling percaya... wallahualam~~