Thursday 12 February 2015

Permata Yang Pergi



Setiap yang hidup pasti akan mati,
Pergi yang tak akan kembali lagi,
Sekalipun kita amat menyayangi,
Sehebat mana pun kita mengasihi,
Sedetik pun tak akan lari,
Apabila waktu menghampiri,
Dan apabila nafas terhenti,
Bumi tercinta itu dibasahi tangis,
Tangis insan-insan yang mencintai,
Duka orang-orang yang menyayangi,
Hiba wajah-wajah yang mengasihi,
Tangisan duka yang hiba melepaskan pergi,
Sebutir permata yang tiada ganti,
Sekalipun figuranya tiada lagi,
Permata itu tak pernah malap di hati,
Kerana kilaunya sentiasa berseri.

12 February 2015
Al-Fatihah
Tuan Guru dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat