Saturday 8 December 2012

Palestine Di Hatiku

Bumi Palestine itu bumi suci
Daerah yang melakar kisah perjuangan
Bumi para anbia
Al-Aqsa mercu yang dibangga
Kiblah pertama kita
Kini menghampiri binasa
Pedulikah kita??
Sekalipun kekeliruan datang sentiasa
Jauh di dasar hatiku
Aku amat menyayangi bumi itu
Walau jauh dari pandangan mata
Jauh di dalam hatiku 
Aku bangga dengan mujahidin
Dari bumi AL-QUDS itu
Aku gembira atas syahid mereka
Walau di dasar hatiku
Aku sedih mendengar tangisan
Anak kecil yang tak punya siapa
Gadis yang diperkosa
Isteri yang kehilangan suaminya
Bahkan ibu yang merelakan syahid anaknya
Aku tak punya apa untuk mereka
Namun jauh di sudut hatiku
Ku utuskan doa 
Buat kesejahteraan mereka
Mengekalkan keperwiraan mereka
Di bumi yang harum dengan darah
Cita-cita syahid mujahidinnya
Walaupun aku tahu
Sumbangan itu tidak seberapa..

Monday 19 November 2012

1MMC @ Sk Sulaiman Bentong

Hari ini ingin bercerita tentang 1MMC, ape itu 1MMC? nama penuh nya 1Malaysia Motivational Camp yang telah di langsung kan pada 10-11 November lepas di Sk Sulaiman Bentong, Pahang. Adik2 yang join program ni terdiri dari Tahun 4 dan 5..

Kalau diikut kan aku tak ada kaitan pun dengan program ni memandangkan aku tidak mendapat undangan sms untuk join, tapi alih2 dah terjoin pulak..huhu, kisahnya terjoin tu bermula bila aku terpergi tempat diorang meeting konon2 nak tunggu Ika lah, tapi ade pulak orang propose suh join siap ugut2 lagi sambil berkata2 alasan tak dapat sms tak boleh diterima pakai sama sekali. Kejam betol!!

Maka malam tu aku berpikir sampai jam 2 pagi sama ada nak join ke tidak, sedar2 esoknya aku dah berada dalam bas untuk ke Bentong..hohoho.

Sampi sana aku diberi tugas sebagai fasilitator menggantikan tempat Sarah yang tetiba tak dapat datang, huhu. Aku bergandingan dengan Abg Fauzi, senior dari Kulliyyah Kejuruteraan. Oh! lupe pulak nak bagi tau program ni dianjurkan oleh Kelab Sahabat 1Malaysia. hehe, diorang memang ohsem la kalau bab2 bahan orang.hohoho

Aku ngan Abg Fauzi dapat 8 orang adik2 yang comel2 dan super nakal dan jugak degil. Langsung tak maw dengar cakap akak diorang yang cumel ni.huhu..Antara modul2 yang dijalankan ialah sesi suai kenal, team building, ade xplorace, motivational talk, dan jugak sesi muhasabah yang telah membuat adik2 ni menangis ( fesi2 dan komiti juga)..hohoho

Orang yang paling digeruni sepanjang kem tersebut ialah kem komander yakni Abg Shafiq, huhu garang giler sampai kami2 pon kecut perut di buatnya. Dan orang yang paling memahami di mata adik2 mestilah ketua fesi Abg Faiz, kesian dia tiap kali diorang kena marah ngan Abg Shafiq, Abg Faiz la tukang pujuknya.

Antara aktiviti yang paling xdapat dilupakan dan menyebabkan aku sakit perut kerana terlebih gelak ialah masa modul Mumia Return dijalankan, kesian adik2 yang dikorbankan sebagai mumia tu, terpaksa mengikut ape yang orang buat kat diorang. Ish3..

Kebanyakan modul yang dijalankan semasa kem ni adalah bertujuan memupuk semangat kerjasama antara adik2 ni dan jugak fesi2 ( memandangkan fesi pun sama naik ngan adik2, siap jadi mastermind mem'bahan' orang), haha. Diorang jugak dilatih untuk berani tampil ke hadapan dan bercakap, berdebat, berbicara serta meluahkan pendapat ( untuk fesi pun boley). Mereka juga diajar strategi2 untuk menjadi seorang yang berjaya baik semasa talk dan jugak mase modul dijalankan.

Kesimpulannya kem ini sangat bes, terasa diri kembali ke alam sekolah rendah pulak..huhuhu. di sini ada beberapa foto yang membuktikan keriangan kami di sana..hehehe...

Sesi fesi2 memperkenalkan diri

Kumpulan Kami Cerdik.hehe

Mumias Return

Grup yg suka booo org kena penalti

Bang bang boom

apa yang penting, kerjasama

model2 mayat

kelab sahabat 1malaysia uiam

Wednesday 7 November 2012

3A's Night

6 November 2012, 8 PM
Conference Room, CAC IIUM

Telah berlangsungnya 3A's Night, iaitu Annual General Meeting, Annual Grand Dinner and Appreciation Night anjuran Kelab Puisi UIAM. Malam yang cukup bermakna untuk dikenang bukan sahaja kerana kemeriahan, kemesraan bersama ahli kelab, tapi kerana sesuatu lebih bermakna iaitu pengalaman. Pengalaman mengurus majlis dan memberi ucapan, mungkin perkara biasa bagi orang lain tapi bagi aku yang masih bertatih dengan perkara sebegini tidak dapat tidak menggeletar juga kepala lutut dibuatnya.

Annual General Dinner, atau Majlis Perlantikan Ahli Jawatankuasa baru berjalan dengan lancar dengan kerjasama ahli kelab yang hadir.. Beberapa nama yang yang berpotensi untuk terus memacu perjalanan Kelab Puisi telah dicadangkan dan...terbentuklah ahli jawatankuasa Kelab Puisi yang baru, penyerahan mandat dilakukan oleh Presiden Kelab Puisi yang lepas iaitu Asrul Mohamad dalam suasana yang agak sayu (nasib baik dia tak nangis) hehehe diiringi serangkap pantun yang berbunyi:
                                     
                   " Pucuk pegaga pucuklah pauh,
                                Mati ditimpa si dahan gaharu
                     Tibalah masa berangkat sauh,
                                Melayar bahtera di samudera baru."


Annual Grand Diner dan Appreciation adalah untuk menghargai ahli-ahli lama dan baru kelab Puisi agar terus komited dengan tugas yang dipikul dan juga untuk meraikan krew dan barisan pelakon teater Jejak Penglipur Lara: Laila Majnun yang menjadi teater paling berjaya sepanjang penganjurannya dengan jualan tiket dan sambutan yang memberangsangkan daripada rakan-rakan pelajar.

Majlis diserikan dengan deklamasi puisi dari seorang ahli baru dan juga persembahan dari Raouf ( wakil Kelab Teater) yang menyanyikan 2 buah lagu dan sebuah puisi tulisan sendiri. Walaupun banyak kekurangan yang di sana sini dan terjadi perkara-perkara yang tidak dijangkakan, 3A's Night tetap diteruskan hingga tamat. Terima kasih tidak terhingga buat barisan komiti yang bertungkus lumus menjayakan 3A's Night..Kita sama-sama belajar dari kesilapan, apa yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Bagi aku sendiri, penganjuran 3A's Night mengajar aku agar yakin pada diri sendiri serta yakin pada kepercayaan dan peluang yang diberi sebagai satu proses pembelajaran,tak kisah lah apa pun rasanya (bak kata mantan Presiden).




Saturday 20 October 2012

Tempat Jatuh Lagi Dikenang

SK Bertam
Pusat pekembangan ilmu di Kg Bertam Baru
Tempat aku meng'ekspretasi' diri
aku dan teman2 bersama bergandingan
menceriakan setiap saat yang kami lalui
berlumba-lumba ingin menjadi yang terbaik
dalam ujian, dalam sukan
tempat aku mencedok ilmu pada peringkat permulaan
tempat aku cuba mencari dan membina identiti diri
dalam serba kekurangan


Ini sebuah taman permainan
tempat kegemaran aku sewaktu dulu
dulu tempat ini meriah, berwarna-warni, dan bingit
hari ini taman ini suram dan tidak bermaya
peralatan sudah rosak
kanak2 sudah tak ingin bermain di sini
tempatnya sudah kotor
tiada siapa yang peduli
aku sedih


Ini pula pejabat pos Kg Bertam
tidak2, tak sesuai di gelar pejabat
pondok pos sudah mencukupi
Tempat yang menjadi saksi
Surat yg dikirim sahabatku pada 2005
tak pernah sampai ke tanganku hingga hari ini.
Tempat ini seakan mati
Seakan-akan langsung tidak berfungsi.




Dan ini pula stesen kereta api
tempat yang sentiasa hidup dengan manusia
nadi perhubungan dengan dunia luar
juga tempat aku bermain kejar-kejar
dan di sini aku sering merungut
menanti masa untuk ke asrama




Ini pasar/ kedai/gerai harian
sunyi dan kosong
langsung tak menarik perhatian
sedang dulu 
di sini aku selalu melaburkan syiling di tangan
sibuk membeli jajan
kata nenek
dulu di sini
pusat jualan yang penuh dengan pelanggan
peniaga pembeli sibuk berurusan


Ini pihak yang menjaga keselamatan
satu-satunya dikongsi dengan beberapa kampung berdekatan
tempat aku menghabiskan waktu petang
dengan kawan-kawan
sewaktu zaman kenakalan



Ini sungai dan jambatan
kata nenek ini jambatan tertinggi
aku pun tak pasti
kata nenek lagi tiang jambatan ini padu
isinya ibu mengandung menjadi korban suami
dan sungai yang kau lihat itu
tempat aku selalu mandi manda
dengan kawan-kawan yang sengal belaka
tapi diam-diam taw
sebab nenek aku tak pernah tahu
mujur usiaku masih panjang
kalau tidak aku sudah mati kelemasan


Ini kami gelar pasar lambak/pasar malam
setiap minggu hari sabtu
kecik-kecik dulu sebulan sekali belum tentu aku ke sini
maklum lah tak ada wang saku
tapi sekarang bila pulang
aku suka ke sini
walau tanpa arah tuju
walau hanya membeli sekilo gula di gerai Pak Cu
semata-mata untuk sebungkus Nasi Kerabu Kemubu
atau sekadar merayau-rayau kot2 bertemu teman2 lamaku

.::Hmm~ini cerita aku dan kampung halamanku::.
.::Tiada apa yang menarik dan lucu::.
.::Tempat yang kurasa semakin lesu::.
.::Tak seperti waktu dulu::.
.::Waktu sebelum aku melangkah ke Tingkatan Satu::.

Monday 1 October 2012

Ada Untuk Ku

Kau kawan yang selalu ada
Selalu ada saat aku sunyi sendiri
Ada saat aku tak punya siapa di sisi
Sentiasa ada mengisi segenap ruang hati
Disaat aku rasa lemah untuk berdiri.

Kau teman yang selalu ada
Selalu ada ketika aku bergembira
Ada ketika aku berteman airmata
Sentiasa ada memberi semangat kata
Ketika aku hilang punca

Kau rakan yang selalu ada
Selalu ada bilamana aku memerlukan
Ada bilamana aku tiada kekuatan
Sentiasa ada untuk mengingatkan
Bilamana aku tersasar dari landasan

Kau sahabat yang selalu ada
Selalu ada menceriakan hari-hari ku
Ada untuk membimbing aku
Sentiasa ada untuk menyempurnakan aku
Di sepanjang hidup ku..


Saturday 15 September 2012

Siapa Sang Bulan


Dirimu tergantung di dada langit
Datang bertamu di malam hari
Semakin hari silih berganti
Bentukmu kian berubah
Meskipun begitu cahayanya indah
Bangga menjadi perkiraan hijriah

Sang Bulan itu cahayanya indah
Dirindu pungguk berlagu bermadah
Dirimu dipuja, dipuji tak sudah
Penglipur lara hati yang gundah

Sang Bulan itu penghibur hati
Sang Bulan itu penyeri
Meski tak bisa berganding selangit dengan Matahari
Meminjam cahaya itu pasti
Agar pandangan gelap bisa diterangi
Agar senyuman terukir kembali

Namun siapa sangka Bulan itu sering menangis
Meratapi nasib tak siapa peduli
Tiada teman untuk berkongsi
Di langit tinggi sunyi sendiri
Walaupun dia pendamping Sang Bumi

Siapa tahu Sang Bulan sering disakiti
Terlukanya dia sukar diubati
Dataran hatinya kontang dan kering
Mengharap hujan yang tak ingin berpaling

Sang Bulan itu bijak sekali
Sedih di hati dipendam sendiri
Kerana Bulan itu yakin dan pasti
Andai airmatanya titis ke Bumi
Sang Pungguk tak akan bersiul lagi
Penglipur lara itu ceritanya tak lagi menarik hati
Dan senyuman itu akan mati

Maka Sang Bulan itu senang berdiam diri
Agar insan-insan tidak bersusah hati
Biarlah hanya yang meneliti mengetahui
Hakikat sebenar siapa Sang Bulan
Pendamping setia Sang Bumi
Peminjam cahaya Sang Matahari



Friday 14 September 2012

Tak Semudah Bicara


Sabar itu tak semudah bicara
Saat dirimu teruji sengsara
Saat amarahmu datang membara
Saat dirimu diamuk kecewa
Yakinlah kau mampu melakukannya
Itu yang aku percaya

Redha itu tak semudah bicara
Saat hatimu meratap hiba
Saat kehilangan merenggut rasa
Saat duniamu gelap gelita
Yakinlah kau mampu melakukannya
Itu yang aku percaya

Tenang itu tak semudah bicara
Saat akalmu bertingkah kata
Saat debaran bergetar di dada
Saat khabar buruk kau terima
Yakinlah kau mampu melakukannya
Itu yang aku percaya

Maaf itu tak semudah bicara
Saat hatimu terguris terluka
Saat kebencian menjadi raja
Saat dendam bermaharjalela
Yakinlah kau mampu melakukannya
Itu yang aku percaya

Sabar itu tak semudah bicara
Redha itu tak semudah bicara
Tenang itu tak semudah bicara
Maaf itu tak semudah bicara
Namun yakinlah kau mampu melakukannya
Kerana itu yang aku percaya

Monday 14 May 2012

R4rian pertama naik pelamin

Barakallahulakuma Raihanah & Rijal..

Hari sabtu yang lepas bersamaan 12 May telah berlangsungnya walimatul urus salah seorang ahli R4 iaitu Kak Rai,.kira R4rian pertama naik pelamin mendahului para abg2 dan kakak yang lain..hahaha. da rezki kan nk wat camne. Majlis tu berlangsung di Dewan Serbaguna Kg. Bharu ( dekat sangat ngan KLCC). Aku menghadiri majlis tersebut bersama dengan beberapa R4rians yang lain. kalo dikira-kira empat buah kereta jugak lah yang berkonvoi pada hari kejadian tu.

Sampai kat sana, rasa nak menjerit pon ade,.. PINK kaler!!!Comel giler Kak Rai dalam persalinan serba pink ..sama jugak dengan ahli keluarganya yang pakai pink putih..soo sweet. Pelamin pon pink putih..MC pada hari kejadian adalah Abang Amin ( Presiden R4)..photographernya ramai..salah sorangnya..~omaigod Adi Nur Rasyid pon ade, dengan Kakak Shee..huhuhu..dekat 2 tahun tak jumpa sejak MSYC 2010 berakhir,,. teruja sebentar,..huhuu. Ramai budak2 UIA merangkap teman2 Kak Rai yang turut datang meraikan majlis tersebut, termasuk lah Angklung Club yang turut membuat persembahan pada hari kejadian tu..suka sangat dengar diorang main..harmoni je~ Dan sesi yang paling di nantikan sudah semestinya sesi bergambar.. Memang dasar photogedix la budak2 ni.. paling ketara R4rians..hahaha. Photonya ade di bawah..huhuhu.

Pengantin

IIUM Angklung Club dan percussion membuat persembahan

Kakah Shee dan Adi


R4rians

R4rians

R4rians dan Kakak shee

pengantin lagi

lagi2 pengantin

Adi dan Abg Aiman

Dari kiri Dayah, Rai, Azah


kalut benor kat atas pentas pelamin

Angklungians dan pengantin

M'sia-China youth delegation dan pengantin

kalut sungguh R4rians 

Bersama Kak Rai



R4riang ria





Saturday 5 May 2012

Pesta Pantun Makum 2012

Pohon nipah di tanah paya,
ke hujung muara mencari lokan,
Berbalas pantun warisan budaya,
PPM 12 tegar semarakkan.




Gemersik gamelan indah tarinya,
Caklempong bertingkah menghangatkan tari,
Pantun berbalas serumpun remaja,
Saling berkisah berjual beli.



Tuai padi di tanah bendang,
Padi dihimpun di tengah lapangan,
Pemantun UIA tugas disandang,
Kalah menang bukan taruhan.




Tiga sekawan berbaju sedondon,
Dari UPSI bertandang adat,
Bermain bahasa berkias pantun,
Sama berentap sama hebat.



Anak seluang sangkut di jaringan,
Semilang lari ditebar pukat,
Pentas lapangan saksi pertandingan,
Kalah menang menjadi adat.



Harmoni sungguh angklung berlagu,
Percussion mengiring menggegar jiwa,
Santun berpantun budaya Melayu,
Adat kita berzaman lamanya.



Menyapu daun di tengah halaman,
Datang jiran ingin menyapa,
Bergabung tenaga berkongsi pengalaman,
Majlis lancar semua gembira.




Rendang dimakan bersama ketupat,
Serunding pun ada menambah selera,
Promosi dicanang merata tempat,
Ramai yang datang berbaloi rasa.




Dari Kuantan menuju ke Pekan,
Singgah sebentar di Batu Lima,
Bertungkus lumus video disiapkan,
Persembahan multimedia menambah perisa.




Masak sepohon buah kuini,
Gugur sebiji dipetik dara,
Selisih bahu nak tegur tak berani,
Pengurus Program serius sentiasa.


PPM 2012 menutup tirai,
Pahit manis sama dirasa,
Kisah gembira sama dirai,
Apa yang buruk lupakan saja.


Laila & Majnun-JPL 3



"Bila kelam jadi terang, aku pasti kau datang"

"Laila, Laila"
"Majnun!"

.............................................................................................................................

Ibunya peniaga kain tenun,
Bapanya dia saudagar hebat,
Tamat sudah Hikayat Laila & Majnun,
Ceritera cinta dua darjat.

...........................................................................................................................

Tanggal 19 April 2012 menyaksikan teater Laila & Majnun dipentaskan di Main Auditorium UIAM yang dipersembahkan oleh IIUM Poetry Club. Hahaha sebenarnya ini merupakan teater pertama yang aku tonton..komen~sangat best sebab aku rasa para artis yg nampak comel je bila membawakan watak masing2.. Agak terkejut sebenarnya dengan kehadiran penonton yang diluar jangkaan (sampai kami kekeringan tiket) memenuhi hampir semua tempat duduk level 1 Main Audi.huhuhu. Teater ini Tuan Directornya ialah Asrul Mohamad iaitu Presiden Poetry Club dan skripnya hasil karya Nurainol Wahidah.

Sebelum teater ini berjaya dipentaskan, aktiviti promosi telah dimulakan 2 minggu sebelumnya dan 
para artis mengambil masa selama 19 hari (bak kata Tuan Director) untuk membuat persediaan dan latihan. Booth jualan tiket di buka di HS Square dan foyer ITD..agak kelakar bila teringat yg meja yg kami gunakan diambil org.huhuhu.

Antara foto2 yang sempat di rakam sekitar hari promosi dan hari kejadian.. keep up a good work guys. seronok kerja ngan korang..

after the show
PM dan anak buahnya
bersama laila dan majnun di zaman kanak2

stage manager
kaunter tiket dan pendaftaran



pelakon dan directing board

rehearsal
post morterm

bersama watak utama, laila

booth jualan tiket
gimik di INSTED kafe
orang kuat JPL 3

poster...