Wednesday 7 November 2012

3A's Night

6 November 2012, 8 PM
Conference Room, CAC IIUM

Telah berlangsungnya 3A's Night, iaitu Annual General Meeting, Annual Grand Dinner and Appreciation Night anjuran Kelab Puisi UIAM. Malam yang cukup bermakna untuk dikenang bukan sahaja kerana kemeriahan, kemesraan bersama ahli kelab, tapi kerana sesuatu lebih bermakna iaitu pengalaman. Pengalaman mengurus majlis dan memberi ucapan, mungkin perkara biasa bagi orang lain tapi bagi aku yang masih bertatih dengan perkara sebegini tidak dapat tidak menggeletar juga kepala lutut dibuatnya.

Annual General Dinner, atau Majlis Perlantikan Ahli Jawatankuasa baru berjalan dengan lancar dengan kerjasama ahli kelab yang hadir.. Beberapa nama yang yang berpotensi untuk terus memacu perjalanan Kelab Puisi telah dicadangkan dan...terbentuklah ahli jawatankuasa Kelab Puisi yang baru, penyerahan mandat dilakukan oleh Presiden Kelab Puisi yang lepas iaitu Asrul Mohamad dalam suasana yang agak sayu (nasib baik dia tak nangis) hehehe diiringi serangkap pantun yang berbunyi:
                                     
                   " Pucuk pegaga pucuklah pauh,
                                Mati ditimpa si dahan gaharu
                     Tibalah masa berangkat sauh,
                                Melayar bahtera di samudera baru."


Annual Grand Diner dan Appreciation adalah untuk menghargai ahli-ahli lama dan baru kelab Puisi agar terus komited dengan tugas yang dipikul dan juga untuk meraikan krew dan barisan pelakon teater Jejak Penglipur Lara: Laila Majnun yang menjadi teater paling berjaya sepanjang penganjurannya dengan jualan tiket dan sambutan yang memberangsangkan daripada rakan-rakan pelajar.

Majlis diserikan dengan deklamasi puisi dari seorang ahli baru dan juga persembahan dari Raouf ( wakil Kelab Teater) yang menyanyikan 2 buah lagu dan sebuah puisi tulisan sendiri. Walaupun banyak kekurangan yang di sana sini dan terjadi perkara-perkara yang tidak dijangkakan, 3A's Night tetap diteruskan hingga tamat. Terima kasih tidak terhingga buat barisan komiti yang bertungkus lumus menjayakan 3A's Night..Kita sama-sama belajar dari kesilapan, apa yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Bagi aku sendiri, penganjuran 3A's Night mengajar aku agar yakin pada diri sendiri serta yakin pada kepercayaan dan peluang yang diberi sebagai satu proses pembelajaran,tak kisah lah apa pun rasanya (bak kata mantan Presiden).




No comments:

Post a Comment