Saturday 14 April 2012

Puisi Buat Adikku

Dedikasi buat adik tercinta: ~Siti Nur Amira Syahira~


Kita punya ayah yang sama
Kita dari ibu yang sama
Tapi kita nyata berbeza

Aku mahu menitipkan pesan buatmu
Jangan kau terleka 
Kamu masih muda dan remaja
Masih mentah dalam mengukir hala tuju hidup
Belum punya banyak pengalaman dengan dunia luar
Masih tak mengerti apa-apa
Jadi tolong jangan hancurkan dirimu
Tolong jangan biarkan masa depanmu punah

Kamu satu-satunya saudara seayah seibu
Kamu satu-satunya saudara sedarah sedaging denganku
Jadi kamu harus bantu aku
Padaku sudah ada satu tanggungjawab
Yang hanya menunggu masa untuk jatuh ke bahu
Jadi tolong aku
Jangan tambah lagi beban itu
Kamu sudah boleh fikir mana yang baik mana yang buruk

Aku mahu kamu lekas sedar
Kita hidup hanya menumpang kasih orang
Kita tak pernah ingat bagaimana rasa dibelai ayah ibu
Jadi aku mahu kamu menghargai
Selagi masih ada yang mahu membantu
Kerana mereka tak akan selamanya sudi memberi
Suatu masa nanti kita akan sendiri

Aku tak  meminta lebih dari kamu
Tapi cukup andai kau mengerti
Dan mahu mengubah diri
Kalaupun kamu tak mahu melakukan untuk diriku
Buatlah untuk kebaikan dirimu sendiri
Aku sudah cukup berpuas hati.

No comments:

Post a Comment