Sunday 4 December 2011

R4YC CAMP @ PULAU CHEKAS

Sambil melayan lagu2 Westlife ku terasa ingin mencoret kan secebis kenangan yg tercipta sepanjang hujung minggu ni..sebenarnya petang tadi baru saja pulang dari Pulau Chekas ,Raub, Pahang setelah menyertai R4YC camp & Belia Chekas on kursus "event management"..sebelum tu nk cite sket pasal Pulau Chekas neh,..ia sebenarnya bukan lah sebuah 'real' pulau seperti yang digambarkan tetapi ia merupakan sebuah/ sekeping tanah yang dikelilingi oleh anak sungai semata-mata..terletak dalam daerah Raub,Pahang. daripada UIA Gombak hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah melalui highway nk balik Kelantan..
papan tanda ..
Setelah hampir 5 jam perjalanan (disebabkan bas rosak) kami tiba di di Chalet Chemerkau Chekas dan disambut oleh pemilik chalet..selepas makan tengah hari dan solat zuhur kami masuk ke dewan untuk memulakan aktiviti iaitu ala2 kursus la pasal event management. sebelum speaker memulakan speechnya kami dari R4YC disuai kenalkan dengan Belia Chekas..idea Mail kami main osom, sapa kalah kena beratur blkg org yg menang..sampai barisan tu dah jadi panjang dan pembahagian kumpulan ..hahaha. dan kemudian bermula lah perbincangan dan perkongsian oleh En. Mod Nazri. dari mengenali jenis2 majlis, formal dan tak formal serta protokolnya dan macam2 lagi la dan yang penting ia berguna padaku.

Pada malam hari semalam, kami punye diner adalah BBQ ayam dan makanan sampingan lain, walopon aku aku tak suka makan makanan yg macam tu tapi redha je lah. Selepas diner aktiviti  sharing ilmu disambung lagi selama 2 jam. tamat sharing session Mail conduct game yg menguji ..diberi nama Boom game agaknye (aku pon tak tau name sebenar die ape). cara nak main game ialah setiap kumpulan perlu memilih sebuah negara ( grup aku pilih Azerbaijan).maka kemudian bermulalah aktiviti serang menyerang antara grup.cth: Azerbaijan bom (3x) spain bom..kalo spain lambat balas maka diorang akan dikira kalah dan dikeluarkan dari game dan begitulah seterusnya sehingga tinggal 3 yg berbalas serangan..disebabkan pertahanan 3 grup ni kuat ( termasuk grup aku)  yg mana mungkin tak akan habis malam tu maka urusetia terpaksa menukar kpd game lain yang bernama 7up..hahha bunyi cam best kan. satu bulatan besar dibentuk dan peserta mula mengira satu hingga tujuh.. tetapi nombor ganda 7 tak oleh disebut as is it..kami na sebut UP pada setaip gandaan 7..hahaha cuak giler. sapa salah sebut dikelaurkan hingga lah hanya tinggal aku dan Apis as survival of the fittest..hahaha..tapi akhirnya aku di kalah kan oleh Apis..hohoho..sedey seh.

Aktiviti malam diteruskan dengan nite walk..ni yang buat aku cuak neh..setiap peserta akan dilepaskan ke trek setiap lima minit.sorang2 weh dalam hutan..sampai giliran aku.. aku hanya mampu jalan suku jalan je pastu airmata tetibe mengalir..menggigil aku..nasib baik lepas aku dilepas kan lebih kurang seminit kemudian diorang lepaskan aku punye senpai Abang Aiman kalo tak aku memang dah amek keputusan tak nak meneruskan perjalanan sampai ke check point terakhir..huhuhu..

Hari kedua kami dimulakan dengan senaman pagi, kemudian lari berhalangan..best seh.tapi sebelom lari berhalangan kami naik flying fox..huhuhu aku teruja sangat..first time weh..biasa la. selepas obstacle tadi tu, kami semua dapat chance mandi sungai..uwaaahhh...bestnyer..lama dah tak mandi sungai. tapi dalam keceriaan tu ada waktu yang mencemaskan..Rai dibawa arus dan Omar cuba membantu dan dengan die2 sekali hanyut dan nasib baik ahli2 R4 yg lain segera membantu mereka bedua..dan akhirnya selamat jugak. lepas tu  pada majlis penutupsetiap peserte diberi sijil penyertaan dan jugak sesi begambar..hahaha ni part yang paling aku suke..selepas makan tengah hari kami bertolak balik ke UIA..

Ingin bercerita sket sl budak2 R4 nih...aku suke dengan R4-rians..knpa? kerana diorng ni jenis yg happening dan serius terhadap ape jua yag berkaitan dengan kelab..ditambah pula dgn ahlinya yang mempunyai kepala otak gile2..bab nyakat org no. 1 termasuk Tuan President yakni Abang Amin..huhu..ini sahaja untuk hari ni..mata pon dah ngantok ni...

No comments:

Post a Comment