Monday 19 December 2011

Ini satu Kisah...

Terasa nak menulis entry ni sebagai satu kenangan..manalah tau kot2 satu hari nanti terlupa..Kisah ni sudah bermula lama dahulu, lebih kurang 8 tahun yang lalu yang mana waktu itu aku baru berusia 13 tahun...sekarang..???hehehe dah tua sket..kisahnya macam ni...

Tahun  2004..
Tahun pertama aku menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah ( dalam otak terbayang2 camne la agaknya rupa sekolah tu)..SMU (A) Saadatul Qura..dah la kat kampung terpencil siap kena naik bot lagi. Tapi redha je lah.Masa tu masuk Tingkatan Peralihan. Nak dipendekkan cerita selepas 4 bulan aku berjaya naik ke Tingkatan Satu selapas lulus agak cemerlang dalam UKSA ( ujian kelayakan ape ntah aku pon da tak ingat).

Bila dah masuk ting.1 classmate pon dah bertukar ( mostly umur tua setaun dari aku). First impression...."sivik giler budak lelaki kelas ni"..Aku yang dah terbiasa buat bising pon boleh jadik tersivik kalo macam ni. anyway aku tetap bangga kerana kelas aku hanya berkapasiti 16 orang..8 putera 8 puterinya..ngam la tu,.Nak di jadikan cerita aku suke sangat ngan sorang budak perempuan ni..namanya Siti Fatma ( sekarang aku pggil kak moh)..aku nk sangat kawan ngan die or lebih tepat lagi aku mahu jadi teman rapatnya..xtahu kenapa tapi itu lah yang aku rasa waktu tu..maka aku berusaha untuk jadi kawannya..and luckily die dapat terima aku seadanya walopon mula2 agak keberatan..aku dah jadi kawan baik die..!!! Tahun ni jugak aku dengan muka tak malunya nak masuk pasukan pingpong sekolah (padahal xpenah maen pingpong)..tapi itulah satu permulaan bagi aku dan ade hikmahnya...

Tahun 2005..
Boleh aku katakan sebagi tahun emas bagi sepanjang usia remaja ku..seingat aku tahun tu aku happy je..xingat langsung ape2 kisah sedih..mm bagus la tu. Waktu ni aku semkin rapat dengan Fatma dan ditambah lagi dua orang classmate menjadi kan kami berempat..atau kami lebih dikenali dengan Geng Foreva..seronoknya masa tu..time tu jugak aku mula rapat dengan budak2 laki kelas aku, mengenali diorang dengan rapat menyedarkan aku yang diorang xlah sivik mane pon malah tak kalah nakalnya dengan budak2 kelas lain. Tapi ngan kami2 je la diorang nakal. kalo ngan budak kelas lain konon2 berlagak macho..haha.
Ada satu peristiwa yang aku tak dapat lupakan time ni..ceritanya begini..satu pagi yang indah, kami budak2 perempuan masuk ke kelas dengan bahagia dan tercengangnya..kenapa??? dalam laci meja kami ada bunga!!wah sape yang bagi nih..dah la semua orang dapat..conpius2..maka seketika kemudian kebenaran terserlah...bunga tu diikat dengan cicak!!! uweeeekkk...hmmm aku tau sape punye kerja ni..siap korang..

beberapa hari kemudian.....
Hari ini merupakan hari balas dendam..heheehe..kami dengan beraninye menjejaki para cicak sama ada yang masih hidup atau pun yang sudah meninggal dunia untuk diposkan ke dalam beg budak laki kelas kami..tak cukup dengan itu ada penambahan di buat ( idea fatma) dengan mengepos sama sang kelkatu yang dah mati ke dalam beg diorang...hahaah...ape jadi kemudian..naik agin lah mereka..kami??? seronok!!! Begitu lah kami setiap hari, ade aje idea nk kenakan satu sama lain..huhuhu..

Tahun 2006
Tahun ni merupakan tahun aku amik PMR, waktu tu aku rasa kehidupan persekolahanku penuh dan padat..dengan mewakili sekolah dlm pasukan pingpong, menyertai kuiz dan pertandingan dan macam2 lagi lah yang boleh membina soft skill aku. Setahun tu jugak rasanya aku terjebak dengan cinta monyet ( i can say) tapi aku tak rasa begitu..bila dalam hati ada cinta macam2 yang kita rasa bahagia, sedih, cemburu, bengang and etc. Ketika ini jugak aku kehilangan seorang kawan sekolah rendah yang baik yang telah pergi mengadap Illahi kerana kemalangan jalanraya..Al-Fatihah buat arwah..aku teringat satu hari ni aku berborang dengan geng aku, aku beritahu diorang yg suatu hari nanti aku mahu buka sebuah restoren makanan melayu yang mana kami berempat merupakan rakan kongsi. dan sampai hari ini impian tu tetap subur dalam hati aku..

Tahun 2007
Ini merupakan tahun terakhir aku belajar di SMUASQ..awal tahun aku rasa macam buat drama airmata..mana taknya 5 orang dari budak kelas kami sudah bertukar sekolah..ingin mencari peluang yang lebih baik..waktu tu buat pertama kali aku nangis depan budak laki kelas aku..sape orang nya biarla aku saje yang tau..hehe..walopon macam tu aku tetap beruntung coz aku masih ada Geng Foreva yang sentiasa menyokong aku dan membantu aku dan sentiasa membantu aku..ape yang aku tahu tahun ni aku aku mahu mengecapi sepuasnya saat belajar kat sini.

Pada tahun ni aku rasa seronok kerana diberi kepercayaan untuk menguruskan pasukan rumah merah sempena hari sukan dan merancang hari guru sekolah yang mana telah aku simpan sebagai kenangan manis dalam hidup aku..tahun ni juga aku diberi peluang menyertai kem2 tarbiah di sekolah lain (dpt kenal dan jupe kwn baru)..hehe.dan yang paling penting aku akan menduduki peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU). maka aku dan Geng Foreva bertungkus lumus dan saling compete antara satu sama lain..aku rasa betapa nikmatnya menuntut ilmu pada waktu tu..

Dan kisah tahun2 seterusnya aku tak mahu coretkan di sini kerana aku tak tahu apa yang harus aku catat dan aku kira menarik untuk dikongsikan..kerana apa? kerana aku terpaksa pindah sekolah..


Dedikasi untuk sahabat tercinta:

Siti Fatma Mansor
Nurul Anis bt Hassan
Zuraidah bt Ibrahim
Norlaila bt Ismail
Nor Azizah bt Abdul Halim
Nor Syazwani bt Alias
Nor Kharunnisa bt Zulkifli
Mohd Zainal Azroy b. Yaacob
Mohd Hafizuddin b. Abdul Rashid
Mohd Hanafi b. Awang
Mohd Rosli b. Idris
Mohd Amirul Fatah b. Fauzi
Abdul Hadi b.Ibrahim
Ahmad Khairul Anwar b. Ahmad Amiruddin
Mohd Aiman b. Mat Hassan

ketahui lah sahabat2 ku walaupon dimana korang berada ingatan aku terhadap korang tak pernah berkurang..
kenangan yang kita cipta bersama merupakan satu kekuatan untuk aku ketika aku keseorang ditempat baru yang mana kalian tak pernah tahu apa yang terjadi padaku..
korang adalah kenangan manisku yang aku kenang seumur hidupku..
mengenali kalian membawa aku mengenali apa itu suka dan duka,
yang mana satu kawan yang mana satu sahabat,
pengalaman bersama kalian merupakan satu panduan untuk ku.
Aku tak akan pernah lupa kegembiraan kita sewaktu hari jamuan kelas.
Aku tak kan lupa pada pingpong, sukan yang mengeratkan sesama kita.
Aku tak akan lupa pada sungai dan perahu yang membawa kita ke sekolah.
Dan aku tak mahu lupa pada setiap detik yang kita lalui bersama
Walau apa pun pandangan kalian terhadap ku
Aku tetap ingin mengatakan aku sayang kamu...

No comments:

Post a Comment